Video mengenai tajuk yang diberi
Assalamualaikum Dr Siti Fatimah yang saya hormati. Serta rakan-rakan seperjuangan saya. Alhamdulillah pada minggu ke 13 ini saya dan rakan saya telah selesai melakukan video berkenaan tajuk yang di beri oleh Dr Siti pada awal semester. Video yang dilakukan telah saya upload ke dalam youtube dan memuat naik video tersebut ke dalam weebly saya. Saya berharap agar Dr menyukainya dan rakan-rakan yang menonton video saya dapat mepelajari serba sedikit tentang ICT. Sekian Terima Kasih Video Storyboard
Assalamualaikum Dr Siti Fatimah. Alhamdulillah pada minggu ke 12 ini kami diberi tugasan untuk melakukan Video storyboard berkenaan tajuk masing masing. Sekian Terima Kasih Brochure berkenaan tajuk
Assalamualaikum Dr Siti Fatimah dan rakan-rakan. Alhamdulillah pada minggu ke 11 ini kami diberi tugasan untuk melakukan brochure. Tugasan brochure ini adalah tugasan individu yang perlu dilakukan. Saya melakukan brochure ini dengan menggunakan microsoft words. Alhamdulillah cara melakukan brochure ini agak mudah berbanding apa yang saya sangkakan. Sekian Terima Kasih Laporan Soalan Survey
Assalamualaikum Dr Siti Fatimah dan rakan-rakan, Alhamdulillah pada minggu ke 10 ini saya telah mendapat sejumlah respondent bagi soalan survey saya. Berdasarkan peratus respondent ini , ia memudah kan saya dan rakan sekumpulan untuk melakukan Laporan berdasarkan soalan survey tersebut. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi respond kepada soalan survey kami dan juga ribuan terima kasih kepada Dr Siti Fatimah kerana menegur soalan survey kami pada mulanya yang salah. Alhamdulillah kami menerima teguran itu dengan baik dan kesedaran. Sekian Terima Kasih Analisis soalan survey
Assalamualaikum Dr Siti Fatimah Binti Yassin. Alhamdulillah pada minggu ke 9 ini saya dan rakan-rakan sepatutnya melakukan analisis berkenaan soal selidik yang telah kami lakukan pada minggu lepas. Akan tetapi kerana kami mendapat respond yang agak lewat dari rakan-rakan yang lain , kami tidak dapat melakukan analisis tersebut. Tetapi minggu ini tidak berlalu dengan begitu sahaja. Alhamdulillah Dr Siti Fatimah menerangkan kepada kami tentang permakahan yang perlu dapat untuk lulus dalam peperiksaan akhir nanti. Insyaallah kami semua akan lulus subject komputer dalam pendidikan ini dengan cemerlang. Sekian Terima Kasih . |